Powered by Blogger.
RSS

Itinerari ringkas dan Tips Berjimat di Tokyo

so inilah dia tips utk ke Tokyo dan iti ringkas mungkin?
bulan Mac yang lepas, iaitu pada 9hb Mac-18hb Mac, saya telah pergi melancong ke Jepun, bersama dengan kawan sekolah saya dulu. berdua je? ye hanya berdua, wanita solo. haha.
bila sesuai nak pergi?
depends pada diri sendiri. kalau bujang bekerjaya tu anytime boleh pergi, nak merasa spring ke, summer ke, winter ke, autumn, terpulang.
tapi best season nak pergi kemuncak sakura bloom, SPRING.
penting : research waktu full bloom untuk tahun nak melawat tu. alhamdulillah saya dapat tengok tahun leaps. memang cantik. kalau dikenang-kenang, rasa nak tengok lagi, tapi takpelah, dapat tgk tahun lepas pun ok dah.
bila sesuai nak beli tiket?
ramai kejar free seats air asia, tapi sebenarnya paling-paling murah adalah tiket air asia masa 60% sale. saya dapat tiket utk tahun ni masa 60% sale. pergi tokyo below rm320, balik daripada kansai below rm350.
TIKET : RM670 (rasanya tak sampai, tapi lebih kuranglah)
INSURANS : AXA RM39 utk 10 hari ni
total tiket+insurans : RM709
*mulanya tak amik checked luggage, skali tambah kemudian, mahal tau. sobs, so kalau rasa tak mampu travel tanpa checked baggage, amik masa pre-booked. untuk ke Jepun, pre-booked paling murah RM89, 20KG. kalau share dengan travel mate, 10KG seorang, which is a lot, sebab hand carry 7KG, checked baggage 10KG. dah 17KG. untuk travel waktu panjang dan aim nak ke Japan untuk shopping sesuai sangat 17KG ni!*
tips : kalau pergi tokyo sahaja and very short trip, during low temperature, takyahlah amik checked luggage, 7kg dah cukup utk short trip ni. baju bawa 3-4 helai je sbb tak peluh pun. hehe
naik flight apa best?
air asia direct flight. kalau sanggup naik 7 jam tanpa henti, silakan naik direct flight. ada org tak suka, kadang suka transit. transit boleh kunjung 2 negara sekali trip. terpulang. macam saya tak suka transit sebab kena amik luggage, kalau long connection memang boleh keluar, tapi luggage nak kena bawa. yang ni, terpulang pada diri sendiri.

kalau nak pergi Tokyo, nak landing kat Haneda ke Narita?
ikut preference masing-masing (dan harga tiket, hehe). kalau saya, saya prefer Haneda. Haneda lebih dekat dengan town (Haneda-Ikebukuro, 45 min). Narita agak jauh, kalau daripada Ikebukuro dalam 1jam lebih.
===================================================
day 1
daripada kl sentral naik shuttle ke klia 2, perjalanan hanya sejam.
RM11 sahaja, compare dengan KLIA ekspress RM55 sehala.
ambil KLIA ekspress hanya perlu, contoh dah terlambat sangat nak drop luggage atau hampir waktu boarding. kalau cepat tak payah bazir duit semata untuk naik train dengan wifi percuma dan beberapa belas tahun tambang tak naik tu.
tips : amik add on dengan air asia ye, cuma RM8.50 sehala.
TOTAL so far (plus shuttle) : RM721
sampai airport drop luggage di mana-mana kaunter. pastikan dah timbang beg tak lebih 20kg. nasib baik abang kaunter baik hati. lebih berapa ratus gram tapi dia buat tak nampak je.
tips : beratur kat kaunter yang takde orang untuk drop luggage, mana2 pun ok. jangan amik kaunter tengah (betul2 depan main entrance, yang tu le ramai orang, kahkah)

BOARDING TIME : 1.30PM
tips : tak semestinya 1.30 PM baru nak bergegas check imigresen dan sebagainya, masuk awal, at least bila dah zohor kita dah ready untuk solat. flight kami pukul 2.45 pm, last call dalam 2.30 pm. so taklah tergesa-gesa nak berkejaran ke pintu.

ambil makan ke dalam flight?
tak, sebab mahal, pastu kawan cakap tak sedap! haha. tapi boleh tahan menu air asia sekarang eh, kemain ada mac and cheese, siap meatballs. temptation tu ada tp sebab memang bawak RM utk shuttle je, so tak beli apa2 hehe. so makan snickers ngan kudap2an sikit2.

TOUCH DOWN : 1045 PM (local time)
sebabkan bukan peak season untuk melawat Tokyo, clearance kejap je, tak sampai 10 minit dah selesai. yang lama menunggu beg. tahun lepas, sebab pergi peak season, hampir kul 12 mlm baru selesai. beg pun dah sampai lama, siap staf dah susun kat tepi.
terus bergegas pergi 7 eleven, beli onigiri konbu 2 ketul (220JPY 2 ketul), air botol 108JPY.
malam first ni kami tidur airport je, sebab sampai pun dah lewat, nak check in pun rugi. maka lepas solat gosok gigi tidurlah ngan nyenyaknya sebab dalam flight tak dapat tidur (semua sebab tengok haikyuu haha)
TOTAL JPY = 328JPY
============
END OF DAY 1
============

day 2
kunci jam pukul 5 pagi (local time sebab nak solat subuh). oh ya, Haneda ada prayer room, dia lock, cuma tekan intercom dia kaan unlockkan utk kita.
lepas solat, gosok gigi cuci muka, naik train awal pagi ke ikebukuro. beli pasmo (macam touch n go) 5000JPY

500JPY dia tolak utk deposit, bila pulangkan akan dapat balik 500JPY ni, so dalam kad ada 4500JPY
TOTAL JPY = 5328JPY
tips : cari tempat tinggal, kalau hotel, cari yang boleh leave luggage sebelum check in, boleh shower juga. yang paling penting, ada Metro/Toei. boleh pakai subway pass, 3 hari 1500JPY. banyak tau dah jimat kat tambang!
masa nak cari hotel, pagi buta ni sesat pula.
tips : save map siap2, tengok jalan betul2. walaupun konfiden ingat tapi tetiba keliru susah jugak haha.

dah sampai hotel, tinggalkan luggage, pergi breakfast sebab memang lapar sesangat. makanlah soba panas di pagi hening itu, 810JPY sorg.
TOTAL JPY = 6138JPY
dan bermulalah episod explore Tokyo kami.

1st destination :
Ikebukuro
-kami explore other side, kami duduk area west Ikebukuro, tapi kami explore area Sunshine City tu, East side tak silap (hehe). otw singgah 7E beli cafe latte (132 JPY). pagi-pagi dah jumpa si kembar 6 (osomatsu-san), lagu pun berkumandang dengan kuatnya. amboi. famous sungguh korang ni.
TOTAL JPY = 6270 JPY

Sunshine City. 
-dalam ni ada banyak center/muzium (lebih kurang lah), tapi semua berbayar. kat sini ada jugak aquarium, tanya member dia kata aquaria pun dia tak pegi ni kan pulak kat Jepun. so tak masuklah semua ni. tapi bagus jugak sebab jimat juga duit
Animate
-masa dah buat decision nak keluar balik ke train station, ternampak bangunan animate ni, memang tuntas kita berlari-lari anak. tempat ni pun jual banyak barang-barang anime. entah kenapa, nampak mesin air Durarara, tapi tak terfikir nak amik gambar dengan mesin tu. masuk sini tak beli apa2 sebab dalam kepala nak beli barang anime ni kat Akiba je.
Sega
-sega ni kitorg naik sampai tingkat paling atas. tingkat bawah dan tingkat dua, mesin ufo (tolonglah jangan main benda ni, menipu lebih). tingkat atas kebanyakannya mesin gambar, video game dan macam-macam lagi. tingkat2 atas tu kebanyakannya untuk budak lelaki, sebab biasa dorang yang suka main game ni.

2nd Destination 
Shinjuku
Odakyu sighseeing center
-beli tiket Hakone Free Pass 5140 JPY (pass ni dua hari, tapi guna sehari je, sebab kekangan masa)
TOTAL JPY = 11410 JPY

Tokyo Metropolitan Government building (thanks nad hehe)
-bangunan kerajaan, adalah 10 min berjalan daripada stesen Shinjuku. otw boleh tengok banyak bangunan cantik-cantik kat Shinjuku. tapi kalau guna underground tunnel, so memang tak nampak lah hehe. naik ni FOC je, kalau hari cantik, cuaca cantik, boleh nampak Mt Fuji.
-paling menyampah kat sini jual barangan anime. Haikyuu ada, gintama ada, totoro lah, star wars lah. nasib baik tergoda nak beli kad Haikyuu je, so melayanglah 200JPY
TOTAL JPY = 11610 JPY

3rd Destination
Harajuku
Takeshita Street
-kedai first masuk adalah kedai farmasi paling awal sekali kat takeshita street ni. tak ingat apa nama dia. sebab apa, sebab ada green tea kit kat, 12 ketoi dalam tu, 198 JPY. tapi sy tak beli kat sini (bodohnya haha)
-jumpa kedai jual barang anime. masuk2 nampak kageyama tengah toss bola kat hinata, auwww. terus naik tingkat dua tengok semua barang-barang anime kat sini. tapi macam biasa, asyik terkenang Akiba (tambahan dah letih masa ni, tak cukup tidur), takde mood sangat nak membeli/memilih.
-jumpa kedai 390yen, kawan beriye shopping, kita tunggu aje lah, sebab betul2 letih masa ni
-masuk daiso, tapi memang takde mood, dua2 masuk pastu keluar balik.

pulang ke ikebukuro, check in, solat, mandi, dua2 bantai tido sampai maghrib.
hotel per person utk 4 hari, 3 malam = 11250 JPY
kailo (ingat nama ni) tangan (hand warmer) = 170 JPY
TOTAL JPY SPENT = 23030 JPY

Dinner : Malaychan.
restoran selera Malaysia, makan nasi putih, ayam masak lemon. kami share lauk, sebab memang sangat banyak.
per person including tax : 910 JPY
TOTAL JPY SPENT = 23940 JPY
============
END OF DAY 2
============

day 3
Whole day at Hakone
dengan Hakone FreePass yang berharga 5140 JPY tu, macam-macam boleh buat. highlight of Hakone adalah Owakudani dan Lake Ashi (dua tempat ni boleh tengok Mt Fuji, Owakudani paling superb sebab nampak lagi dekat). malangnya, Owakudani masih lagi tutup sebab volcanic activity last year. tapi takpelah, Lake Ashi ada. otw, pagi tu hujan, sambil sarap roti sambal bilis gardenia ulam caffe latte (132 JPY), pergi ke shinjuku sebab nak naik train ke Hakone (semi express). perjalanan amik masa 1 jam 45 minit. agak sedih sikit sebab hujan, for sure cuaca kurang baik. memang dalam train tak nampak langsung bayang, cuaca kat Hakone Yumoto pun sejuk, nasib baik ada hand warmer. tapi otw nak ke Lake Ashi, makin naik ke atas, nampak salji. rupanya Allah nak bagi kita main salji. apa lagi. sampai je kat Lake ashi, bergambar sakan, sedih kecewa tak dapat tengok Fuji macam dah hilang terus. haha
course at Hakone
train to Hakone Yumoto-bus to Lake Ashi-pirate ship to Togendai (sini ada kedai souvenir, spent 2470JPY untuk mochi, manjyu dan biskut Fuji san) -> shuttle bus to Sounzan (sebab ropeway ke Owakudani tutup, tapi ropeway buka separuh ke Sounzan) -> cable car to Gora ->tram to Hakone Yumoto. 

Semua ni included dalam Free Pass tu dan kalau pergi certain places, dapat discount. Masa kat Gora, jumpa Manjyu belilah sebiji, kawan sebiji (130 JPY)
*saya pantang nampak manjyu, mochi dan daifuku!*
TOTAL JPY SPENT = 31812 JPY

2nd destination
Shibuya
makan halal shabu-shabu (Hansakaji-san), daging wagyu. perlu reservation, tapi sebab kami awal, dapatlah makan.
agak mahal, tapi berbaloi, portion besar, macam-macam ada. tapi kalau korang on tight-budget, jangan datang sini.
seorang 4200 JPY
TOTAL JPY SPENT = 36012 JPY
jalan-jalan shibuya crossing, Shibuya 109, Tsutaya, Matsumoto Kiyoshi (farmasi ni tiap kali jumpa mana-mana jadi macam ketagih nak masuk), ambil gambar kat Hachiko.
dah puas berjalan, terus pulang ke ikebukuro
============
END OF DAY 3
============

day 4
1st destination
Tsukiji Market
Sepatutnya cari makan breakfast kat sini, tapi tak jumpa pulak kedainya, terjumpa mochi 250 yen, belilah alas perut. pusing-pusing, dah puas pusing terus ke next destination
2nd destination
Odaiba (yurikamome line)
train ni unik sikit, takde driver, tapi pakai tayar biasa. otw, nampak rainbow bridge. siang nampak biasa je rainbow bridge ni, tapi malam tengok gambar nampak menarik. sampai aje terus pergi ke Decks and Aqua City, cuci mata tengok laut. sambil tu amik gambar kat mini Statue of Liberty. bangunan Fuji TV pun ada dekat area Decks Aqua City ni. then, kami pusing ke Diver City pulak, nak tengok Gundam. Gundam ni life size tau. ada time dia akan pusing-pusing kepala, tapi nak menunggu semata dia pusing kepala time sejuk ni memang taklah kan. kemudian, ke Aomi, ada ferris wheel. kawan ni punyalah semangat dia berjalan sampai dapat gambar betul2 depan ferris wheel haha. ada dua pilihan nak naik train kat sini, samada stesen aomi ataupun daiba.
beli air mineral kat jihanki = 130 JPY
TOTAL JPY SPENT = 36392 JPY
3rd destination
Asakusa
memang masa ni terus serbu kedai Ippin (dekat dengan Asakusa View Hotel). otw jangan lupa tinjau Tokyo Sky Tree. pergi Ippin makan rice curry+grilled chicken (lapar sangat, memang banyak la makan). portion banyak, puas hati. per person dalam 972 JPY
TOTAL JPY SPENT = 37364 JPY
dah sampai asakusa jangan lupa singgah nakamise, kedai depan senso-ji. banyak souvenir kat sini yang menarik. ada doraemon, sazae san, senbei. macam-macam! orang pun ramai.

4th Destination
Ueno
Ameyokocho street
-pasar besar, ala-ala petaling street. nak shopping souvenir, kat sini pun murah jugak tau.ada kedai 100 yen, jam 1000 yen, kasut, baju, kimono, yukata eh banyaklah!. tapi kat sini, saya look forward nak makan kebab aje. sedap, isi banyak 500 JPY satu.
beli kitkat kat sini 199 JPY, tapi ada 9 je kat dalam 216 JPY total including tax
TOTAL JPY SPENT = 37580 JPY
pulang ke ikebukuro
============
END OF DAY 4
============
day 5
-check out from hotel, leave luggage here
1st destination
Repeat visit to Harajuku
breakfast onigiri+caffe latte (352 JPY)
kali ni shopping kedai anime (BPOINT nama dia) dengan penuh tenaga, tapi belek2 last-last tak jadi amik. pergi kedai 390 yen, beli beg drawstring sebab backpack terlampau berat, belakang dah start sakit2. beli plaster sebab jari tercedera kat daiso (108 JPY). share beli crepe depan daiso, 260 JPY per person.
tips : jangan bawak beg yang kosong pun beratnya hampir 1kg hahahaah
TOTAL JPY SPENT = 38690 JPY

2nd destination
Tokyo tower
-masa ni topup pasmo lagi 1000 JPY (so far dah spent 6000 JPY utk pasmo, kalau duduk area yang fully Metro/Toei, dah cut banyak sangat utk tambang, boleh guna untuk belanja lain)
-dekat Tokyo Tower pun ada kedai souvenir, jauh lagi murah daripada Asakusa. macam-macam ada, makanan, fridge magnet, chopstick, hello kitty.
TOTAL JPY SPENT = 39690 JPY

3rd destination
Akihabara
-kat sini, ada bilik solat, nama kedai tu LAOX. keluar aje daripada JR Line, memang akan nampak terpampang kedai tu. bilik solat tingkat 7.
-misi cari barang-barang anime. malangnya, kat sini mahal, dan tak banyak pun. banyak yang kena main UFO. Harajuku dan Ikebukuro lagi banyak merchandise, harga jauh lagi murah. kat sini, er ntahlah, kalau minat figurine, kat sini memang banyak.
-tengah cari-cari kawan beratur beli taiyaki, lalu belilah taiyaki custard (154 JPY)
Yodobashi Akiba
-sebabkan memang nak cari jam casio, family kirim, so pergi Yodobashi. belilah satu utk diri sendiri 980 yen. Jam casio ni dia jual gantung-gantung je, tapi jam original siap ada tourist warranty. kenapa gantung-gantung? sebab model lama. asalnya jam tu harga dia 2900 yen, tak termasuk tax, tapi sebab dah lama sangat, reduced to 980 yen termasuk tax.
TOTAL JPY SPENT = 40824 JPY

habis dah Tokyo! kalau ikutkan ada je tempat termiss, macam Ueno Park, Meiji Shrine. tapi tempat-tempat ni kalau time sakura lagi menarik. waktu saya pergi pokok takde daun, hehe. sebolehnya research sebanyak mungkin. sampai puas hati. kami tak pergi ginza, roppongi sebab area elit. nak shopping pun mampu lihat je, daripada penatkan kaki, baik pergio spend kat tempat lain.
dinner kalau tak cerita tu biasanya dinner kat bilik, makan makanan yang dibawa daripada malaysia.
ok so, total
belanja di Tokyo : 40824 JPY (1000 JPY=RM37.05) =RM1512
flight+insurans : RM721
total semuanya termasuk makan, souvenir, tambang, hotel = RM2233
harap dapat membantu, selamat bercuti!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment