Powered by Blogger.
RSS

13


salam. hai

di atas adalah imej poster dari filem friday the 13th.

kenapa tajuk blog kali ni 13? sebaaaab. ramai kata 13 tu bawak nasib malang. BAD OMEN. tapi western country yang banyak kata gitu. terutamanya dalam cite 1408.


pernah tengok? pernah tengok? aku pernah tengok. bukan sekali tapi dah berpuluh kali dah. first time tengok masa raya tahun bapa tah? mungkin masa tahun 2007 kot? dah tengok kat wayang, download pulak lagi. masa tu zaman limewire. downloadlah kat situ. yang download ending dia lain dari yang kat wayang. haaa. ok balik kat topik. 1+4+0+8=13. hero (john cusack) cite ni jadi tukang review tuk tempat-tempat berhantu kat US, then one day ada orang hantar request, jangan masuk bilik 1408, bilik paling celak* kat satu hotel kat new york. tapi aku nak skip, sume tu. tak penting pon. tapi point utama dalam cite ni ada tunjuk, masa naik lif, takde tingkat 13. dan ini adalah fakta. memang kebanyakan bangunan kat US takde tingkat 13. kalau kat Malaysia, banyak bangunan takde tingkat 4 atau nombor-nombor yang berkaitan dengan 4 dan digantikan dengan tingkat 3A, begitu juga dengan lot parking, dan juga lot rumah. percayalah, i know. haha.

tapi. nombor 13 ni. dah bawak tuah pada aku. semalam, masa pergi test driving, aku dapat nombor 13. nombor ni sangat awal ok. masa tengok orang lain naik bukit, aku sangat cuak. walaupun dia bg dua kali chance. tapi aku tengok orang first dah kantoi. orang second okay, orang third...ahhhh kusut kepala. sampai turn aku, aku gegel2 tak hingat. nasib baik first time naik cun. dan berjaya jalan dengan cun. begitu juga test-test lain. berjaya dengan cun. semuanya done dalam seminit. paling cannot go, aku wat parking dua kali. dan takde sapa perasan termasuk akak JPJ. ha ha ha. then, jalanraya pun aku bernasib baik. dapat abang (dan dan abang, semalam kemain lagi aku gosip ngan kawan-kawan kata pakcik) JPJ yang baik hati. duk bergosip dan aku asyik merapu sebab nebes. paling-paling aku ingat, dia kata remote sensing nanti berguna dalam bidang apa, aku jawab kereta banyak. dia tanya cikgu aku sapa, aku merapu lagi. memang aku duk merapu je bila dia tanya. kehkeh. tapi nassib bek abang JPJ tu baik hati. dan lulus juga. apa lagi. senyum sampai ke telinga lah aku, walaupun kete tu terundur sikit masa kat bukit bukau yang jam tak hingat dan aku lambat tukar lorong. mekasihlaaaah.

jadi apa yang penting kat sini. walaupun ramai percaya yang 13 tu bad luck, tapi pada aku, nombor tu yang bawak tuah kat aku. dan aku bakal dapat lesen P. kesian. orang lain dah bertahun ada lesen, aku baru nak ada. takpelah, bak kata YDP PIBG sekolah aku dulu before PMR, better late than never. aku kesian aunty-aunty yang amik test tak lepas semalam. so kiranya aku agak muda walaupun ada budak lepas sekolah dan budak sekolah amik test. hihi.

okeh. jom tukar mood. study week. jom buat kerja.
good luck for final exam :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment