Powered by Blogger.
RSS

i'm a cartoon lover.

salam, hai~

alhamdulillah, dah sampai KL tengahari semalam, dengan ida, naqib n lan. tenkiu kerana sudi menumpangkan saya. kehkeh. malam sebelumnya saya tak tido sebab siapkan esaimen karto, digitizing JB yang gila banyak detail. ahha. naqib asyik bising suh tido. tapi dah pasang cite dalam tu, nak tido cene, nak tengok cita je lah jawabnya. haha. tapi ada jugaklah terlelap kejap-kejap.

kalau semua nak tau, walaupun muka saya dikatakan lagi garang dari singa dan lagi tua dari nenek berumur 100 tahun (ok, exaggerate sket kat sini), tapi saya penggemar komik/manga. baru tadi wat kuiz kat FB, muka pasangan anda macam kartun. tak kesahlah, asalkan kiut. kan?

kebanyakan yang ada dalam collection, komik artis tempatan especially terbitan gempak starz. suka jugak baca manga jepun macam bleach, ranma 1/2 dan macam-macam lagi cumanya, kebanyakan manga-manga tu ada kat internet. scanlated version. dulu ada yang mem
bantah hobi aku membaca scanlated version ni, katanya kalau minat, baik beli yang original (tapi translated), tanda kita sokong komik artis tu. eleh, kalau mp3 pon korang download dari mediafire, ni plak nak suh orang beli original. wek. ok, balik pada topik asal. kenapa kartun artis tempatan?

sebab :
1. mereka orang tempatan. sokonglah barangan buatan Mal
aysia. oh yeah!
2. murah.
3. tak payah tunggu lama sebab dorang nak translatekan bahasa jepun kepada BM or english etc.

antara fevret cartoonist tempatan saya, Keith ngan Zint.

first time knal Keith sebab baca gempak. dalam tu ada strip komik Lawak Kampus. bila gempak jilidkan semua komik dia dalam buku, saya pun beli. tu pon sebab beshpren saya, si makcik kepam tu (farhah) suke beli komik ni. bila pergi JJ taman U, pergi MPH, beli satu dulu. wah bleh tahan lawak dia. cantik jugak karakter dia. lepas tu, balik KL pergi Kinokuniya KLCC semata-mata nak beli komik ni dari mula. ingat lagi masa tu bulan puasa, ayah bagi duit suh beli baju untuk raya, tapi saya pergi beli komik. mak macam biasa, bising kata, suh buat jadi baju raya. takde nafsu nak beli baju raya masa tu. rasa lebih nak cukupkan koleksi komik. pastu, si makcik kepam tu kenalkan lagi komik baru, "Wasabi". Keith jugak artis dia. dari lukisan komik tu, dapat rasa, Wasabi tu memang kool orangnya, kacak jugak. (berbanding watak lain dalam komik tu, haha) Setakat ni, baru ada dua siri Wasabi, "Wasabi" & "Wasabi Reset". belum ada sambungan lagi, sebab saya tau, nak wat komik ni makan banyak masa, bertahun jugak. sebab tak silap, Keith ambil masa setahun untuk siapkan "Wasabi : Reset". untuk lawak kampus pulak, dari yang first sekali sampai yang latest, except "Lawak Kampus, Log In", sebab farhah ada, roomate Nina pon ada. pinjam je. malas nak beli. content sama. LOL

comelnye Vanness, mata bulat bersinar-sinar lagi. masa ni Keith bergabung tenaga ngan Zelo.

ni siri kedua, muka Froggy makin besar.

muka Froggy paling besar. orang lain dah tolak gi back of the cover

dah kurang besar, Vanness kembali besar

masuk HD, Froggy besar balik

Froggy ilang? hihi, masa ni dia duk belakang buku sorang-sorang. kesian.


Zint pulak, memang recently ni baru kenal. eventhough baca komik dia kat gempak, yang paling latest saya baca kat gempak "Si Penjual Aiskrim". memang kool orang jual eskim tu, tapi tak dapat baca sampai habis sebab jarang-jarang beli gempak tu. rasa macam mahal nak beli 2 kali sebulan. so, akan tunggu sampai dibukukan. ok, balik pada topik asal. masa tu khemah latihan first part. boring malam-malam duk kat bilik, gi merayau bilik-bilik dak-dak ni, pinjam komik dorang. macam biasa, saya pilih bulu, prefer komik artis tempatan. pinjamlah "under 18" & "under 18, End of Fear" dari sue. walaupun dedua siri ni tajuk sama, tapi watak lain-lain. as usual, watak utama (hero) dua-dua ni kacak, kaki pukul, ganas tapi kekadang rasa dorang ni cool. patutlah sampai ada stalker. borak-borak kat bilik nocha, dia ada buku "under age", kira introduction untuk "under 18". since then, bercita-cita nak kumpul siri "under 18". akhirnya, termakbul impian tu masa sebelum cuti sem lepas. sebelum balik rumah, pegi JJ ngan ida dan boiprennya, empat-empat siri Under 18 saya angkut. orang MPH tu baik hati, bagi hadiah lagi, paper bag Lawak Kampus. then sebelum start sem ni, pergi JJ taman maluri, beli pulak Under 18 ngan Under Age. balik rumah senyum-senyum happy. paling terbaru untuk komik Zint, saya beli "Go Go Cha Cha Street". komik ni simple je. tak banyak dialog. kartunis banyak membayangkan kalau manusia jadi alatan seharian yang kita guna, camne keadaannya. saya baca gelak-gelak, nina baca gelak-gelak, adik-adik ngan akak pon sama. maknanya review kat belakang kulit buku tu tak menipu. i like.
terbaik!


akhir kata. sokonglah artis tempatan. camni contohnya. tak rugi. best jugak :). kalau ada yang tanya kenapa tak bawak gi JB, sebab saya sayang komik-komik tu. skang ni plak sume dah version HD (in colour), kalau rosak sayanglah. macam Lawak Kampus tu, kebanyakannya dah macam kena makan tikus. sedih je tengok. takkan nak marah kawan kan? komik je, nanti rosak friendship. so baik letak kat umah. kalau adik-adik tak jaga boleh marah :P.

oh saya nak bagi hint, saya lebih suka kalau ada kawan-kawan nak bagi hadiah komik daripada benda lain. ini je yang saya paling senang nak jaga.


p/s : Lawak Kampus League hilang lagi sekali. benci. tak cukup jadinye :'(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment