Powered by Blogger.
RSS

adik-adik saya.



salam, hai~

hari ni saya nak cerita pasal adik-adik saya. saya ada tiga orang adik.

ni dia.orang.

Intro

adik yang first namanya matno. kekeke. tidaklah. nama dia nurul ain a.k.a kertas pasir. tau nak mekap tapi tak reti nak cuci bersih-bersih. kan muka tu dah huduh. akak-akak saya yang lain pon mekap gak, tapi takdelah rosak muka dorang cam dia ni. baru abes blaja sijil hotel and katering. skang duk umah memboncetkan perot. ha ha ha

yang second. nama dia siti hajar. pandai masak, pandai kemas, pandai wat kuih, pandai wat kek, blaja pon pandai. baru masuk UITM Kuala Pilah. paling sempoi. apa lagi tah? paling tak suka bazir duit (cam akak dia nih, ha ha ha). ape tah lagi. aku rasa dia banyak sikap positif dari negatif. tapi kekadang kelakar jugak.

yang last. nama dia farida kamilia. nama pompuan untuk farid kamil. hikhikhik. dia ni. taktaulah nak cite apa pasal dia. yang pastinya, dia ni berlagak macam orang dewasa. padahal baru form 2.


general info.

mereka semua lagi tinggi dari saya. yang bongsu tu, sikit lagi nak sama tinggi ngan saya. padahal masa umur saya 14 tahun, tinggi saya baru nak mencapai 150cm. tak aci. yang lagi dua orang tu dah nak 170cm. tak aci jugak. masa umur saya 18 tahun, tinggi saya 165 cm. masa umur saya 20 tahun tinggi saya 165cm jugak. see. masa umur saya 18 dah stop tinggi dah. diorang ni still growing. tiap-tiap kali keluar, saya paling rendah, DALAM FAMILY, pasal akak-akak, adik-adik semua tinggi-tinggi. akak-akak saya majoriti 170cm ke atas dan adik-adik nak mencecah 170cm. mekasihlah sebab membuatkan saya nampak comel. (dalam hati sedih jugak ㅠ.ㅠ)

hobi.

yang first tu dah terbukti suka berangan. lagi satu punca pasal apa muka dia cam kertas pasir padahal orang lain kulit licin je. kalau orang cakap lain dengar lain. pasal pe? pasal dia slalu berkhayal. mungkin bermimpi satu hari anak raja nak kawen ngan dia?

yang second tu, suka baca komik, suka tengok tv, suka main game.oh lupa. dia ni raja main game. terer gila woh. even game tu baru 1st time dia main, pon dah hebat. memang ditakdirkan untuk main game. suka dengar lagu indie. suka, er...suka, dia suka layan saya cakap pasal laki korea! hehe.

yang third tu. hobi dia sama je ngan saya. tapi paling tak bleh tahan, suka baca komik jiwang. kalau baca komik je, habislah. dunia ni terbalik ke, bergoncang ke tak sedar dah. kalau online pon macam tu. paling suka makan. kami panggil dia anak rimau. suka sangat makan daging. suka justin bieber (tipu je ni). suka boy band korea yang dah goyah, macam DBSK, SS501.

oklah. macam dah hilang ngantuk. saya nak sambung wat kerja. sekian mekasih.

p/s : incase korang (adik-adik saya) yang baca. padan muka korang. kehkeh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment