Powered by Blogger.
RSS

i'm a cartoon lover.

salam, hai~

alhamdulillah, dah sampai KL tengahari semalam, dengan ida, naqib n lan. tenkiu kerana sudi menumpangkan saya. kehkeh. malam sebelumnya saya tak tido sebab siapkan esaimen karto, digitizing JB yang gila banyak detail. ahha. naqib asyik bising suh tido. tapi dah pasang cite dalam tu, nak tido cene, nak tengok cita je lah jawabnya. haha. tapi ada jugaklah terlelap kejap-kejap.

kalau semua nak tau, walaupun muka saya dikatakan lagi garang dari singa dan lagi tua dari nenek berumur 100 tahun (ok, exaggerate sket kat sini), tapi saya penggemar komik/manga. baru tadi wat kuiz kat FB, muka pasangan anda macam kartun. tak kesahlah, asalkan kiut. kan?

kebanyakan yang ada dalam collection, komik artis tempatan especially terbitan gempak starz. suka jugak baca manga jepun macam bleach, ranma 1/2 dan macam-macam lagi cumanya, kebanyakan manga-manga tu ada kat internet. scanlated version. dulu ada yang mem
bantah hobi aku membaca scanlated version ni, katanya kalau minat, baik beli yang original (tapi translated), tanda kita sokong komik artis tu. eleh, kalau mp3 pon korang download dari mediafire, ni plak nak suh orang beli original. wek. ok, balik pada topik asal. kenapa kartun artis tempatan?

sebab :
1. mereka orang tempatan. sokonglah barangan buatan Mal
aysia. oh yeah!
2. murah.
3. tak payah tunggu lama sebab dorang nak translatekan bahasa jepun kepada BM or english etc.

antara fevret cartoonist tempatan saya, Keith ngan Zint.

first time knal Keith sebab baca gempak. dalam tu ada strip komik Lawak Kampus. bila gempak jilidkan semua komik dia dalam buku, saya pun beli. tu pon sebab beshpren saya, si makcik kepam tu (farhah) suke beli komik ni. bila pergi JJ taman U, pergi MPH, beli satu dulu. wah bleh tahan lawak dia. cantik jugak karakter dia. lepas tu, balik KL pergi Kinokuniya KLCC semata-mata nak beli komik ni dari mula. ingat lagi masa tu bulan puasa, ayah bagi duit suh beli baju untuk raya, tapi saya pergi beli komik. mak macam biasa, bising kata, suh buat jadi baju raya. takde nafsu nak beli baju raya masa tu. rasa lebih nak cukupkan koleksi komik. pastu, si makcik kepam tu kenalkan lagi komik baru, "Wasabi". Keith jugak artis dia. dari lukisan komik tu, dapat rasa, Wasabi tu memang kool orangnya, kacak jugak. (berbanding watak lain dalam komik tu, haha) Setakat ni, baru ada dua siri Wasabi, "Wasabi" & "Wasabi Reset". belum ada sambungan lagi, sebab saya tau, nak wat komik ni makan banyak masa, bertahun jugak. sebab tak silap, Keith ambil masa setahun untuk siapkan "Wasabi : Reset". untuk lawak kampus pulak, dari yang first sekali sampai yang latest, except "Lawak Kampus, Log In", sebab farhah ada, roomate Nina pon ada. pinjam je. malas nak beli. content sama. LOL

comelnye Vanness, mata bulat bersinar-sinar lagi. masa ni Keith bergabung tenaga ngan Zelo.

ni siri kedua, muka Froggy makin besar.

muka Froggy paling besar. orang lain dah tolak gi back of the cover

dah kurang besar, Vanness kembali besar

masuk HD, Froggy besar balik

Froggy ilang? hihi, masa ni dia duk belakang buku sorang-sorang. kesian.


Zint pulak, memang recently ni baru kenal. eventhough baca komik dia kat gempak, yang paling latest saya baca kat gempak "Si Penjual Aiskrim". memang kool orang jual eskim tu, tapi tak dapat baca sampai habis sebab jarang-jarang beli gempak tu. rasa macam mahal nak beli 2 kali sebulan. so, akan tunggu sampai dibukukan. ok, balik pada topik asal. masa tu khemah latihan first part. boring malam-malam duk kat bilik, gi merayau bilik-bilik dak-dak ni, pinjam komik dorang. macam biasa, saya pilih bulu, prefer komik artis tempatan. pinjamlah "under 18" & "under 18, End of Fear" dari sue. walaupun dedua siri ni tajuk sama, tapi watak lain-lain. as usual, watak utama (hero) dua-dua ni kacak, kaki pukul, ganas tapi kekadang rasa dorang ni cool. patutlah sampai ada stalker. borak-borak kat bilik nocha, dia ada buku "under age", kira introduction untuk "under 18". since then, bercita-cita nak kumpul siri "under 18". akhirnya, termakbul impian tu masa sebelum cuti sem lepas. sebelum balik rumah, pegi JJ ngan ida dan boiprennya, empat-empat siri Under 18 saya angkut. orang MPH tu baik hati, bagi hadiah lagi, paper bag Lawak Kampus. then sebelum start sem ni, pergi JJ taman maluri, beli pulak Under 18 ngan Under Age. balik rumah senyum-senyum happy. paling terbaru untuk komik Zint, saya beli "Go Go Cha Cha Street". komik ni simple je. tak banyak dialog. kartunis banyak membayangkan kalau manusia jadi alatan seharian yang kita guna, camne keadaannya. saya baca gelak-gelak, nina baca gelak-gelak, adik-adik ngan akak pon sama. maknanya review kat belakang kulit buku tu tak menipu. i like.
terbaik!


akhir kata. sokonglah artis tempatan. camni contohnya. tak rugi. best jugak :). kalau ada yang tanya kenapa tak bawak gi JB, sebab saya sayang komik-komik tu. skang ni plak sume dah version HD (in colour), kalau rosak sayanglah. macam Lawak Kampus tu, kebanyakannya dah macam kena makan tikus. sedih je tengok. takkan nak marah kawan kan? komik je, nanti rosak friendship. so baik letak kat umah. kalau adik-adik tak jaga boleh marah :P.

oh saya nak bagi hint, saya lebih suka kalau ada kawan-kawan nak bagi hadiah komik daripada benda lain. ini je yang saya paling senang nak jaga.


p/s : Lawak Kampus League hilang lagi sekali. benci. tak cukup jadinye :'(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

beshpren (part 1)


salam, hai.

hari ni, saya nak introduce kekawan baik saya plak. tapi ni part 1. kerana post ni dikhaskan untuk kawan-kawan baik yang saya kenal kat UTMKL :) ingat tak post saya yang hari tu, masa saya kena tinggal ngan boipren dulu. d
iorang ni yang sentiasa ada kat sebelah, bagi semangat biar j
adi kuat. okeh, malu nak cerita balik zaman tu. inilah merek
a-mereka.


masa ni kita tunggu meeting club, rajinnye gi meeting :)
masa ni kita gi shopping kat jalan TAR, sampai malam.

masa ni kita tengok wayang. tak tau pasal pe kedai sume dah tutup, gulung tikar kot? hahaha

masa ni kita rajin main bola tampar ngan basketball petang-petang.

1. Ida
masa mula-masuk dulu, tak brapa baiik sangat ngan dia. dah lama tu, baik pulak. eventhough kita sama blok, sama klas, tapi jarang-jarang gi klas sama-sama. kesian dia kalau ingatkan balik. mula rapat pasal sama-sama amik koQ memanah. balik memanah je jadi gila. mungkin sebab hanya kita bertiga perempuan n lagi 27 orang lelaki. hihi. start dari tu kita asyik berkepit sebab pakwe awak jauh masa tu. nak gi mana-mana semua ngan awak. paling terharu, i konvo u datang (walaupun i tau u nak jumpa bf u). terima k
asih. awak paling kuat support saya, walaupun dulu ada misunderstand sikit. beselah, saya kan ego, susah nak cakap sori. nasib baik awak baik. lapyulah.

2. Nana
baik ngan dia pon pasal roomate dulu suka melepak ngan dia. pastu lama-lama dah terbiasa gi bilik dia. selalu luahkan macam-macam kat dia. seronok. sebab dia pandai nasihat. pastu suka layan kalau aku cerita pasal laki kacak ke, laki ni
aku minat ke, sampai pernah nak tolong. gilelah. masa ida dah transfer klas masuk course QS, selalu gi klas ngan dia. selalu wat jahat ngan dia, selalu main bola tampar ngan dia, selalu wat-wat lepak tepi padang petang-petang (gatal), selalu gi dinner malam-malam. erm, kadar kerapatan ngan dia, sama je macam ngan ida. gi mana-mana ngan dia jugak.

3. Nabila
rapat ngan dia masa dah masuk second year. masa belajar kadaster dulu kot. start dari tu kita baik. selalu wat keje sama-sama, makan sama-sama. amik test sama-sama, markah pon sama. haha. tapi bilik awak jauuuh. masa masuk 2nd year, 2nd semester, awak jadi roomate saya. seronotnye. sejak tu, kita tengok movie sama-sam
a, shopping sama-sama, patu dalam bilik asyik ber
gosip je. tapi tiap kali exam, awak tension ngan saya. tak baiklah. saya memang suka belajar rilek-rilek. tak sukalah tension-tension. nanti nangis pulak. masa saya ada boipren, saya tensen bolehlah ngadu kat dia, masa dah takde, kenalah hidup sendiri. sebab tu saya belajar sambil berhibur. kehkehkeh. oh, setakat ni, dialah kawan saya yang paling tinggi.

4. Wawa
kenal dia pon masa 2nd year jugak. ingatkan dia budak direct entry dari poli. rupanya memang student utm tapi cuti setahun. kira seniorlah. bila tanya kenapa cuti, dia jawab belajar jadi pilot. WOW!. terbuntang sekejap. kecik je orangnye. dia ni s
ama seangkatan ngan nabila. kalau tiap-tiap tahun, aktiviti wajib kitorang gi shopping kat bukit bintang nu, kat sungei wang, jalan TAR lagi mana tah.
saya belajar pakai dress dari dia lah. kalau tak dulu asyik pakai jeans ngan t-shirt. pastu sama jeeee.

5. Lee
kenal dia dari tahun satu lagi, selalu sama group ngan dia untuk tiap2 field work. best group ngan dia. dahlah pandai, rajin pulak tu. kebanyakan repor
t kalau kira-kira tu dialah yang siapkan. tapi jarang-jarang kuar ngan dia gi shopping ke apa. tapi hari tu, masa cuti sem lepas, terharu dia call kata rindu. i rindu u jugeee. tapi i tak rajin nak mesej ngan call ni. maaflah ye.

6. dayang
rapat ngan dia masa dia mula pindah masuk APG dulu. 2nd year 2nd semester. sayalah tukang kejut dia bangun tido. kalau tak gegar katil tu, selagi t
ulah dia tak bangun. dia jugaklah yang tukang teman gi jogging kat area rumah hantu tu. dia jugak yang rajin teman gi bli makan malam-malam. b
ukan apa, kat sana tu seramlah nak jalan sengsorang,
nak-nak pas maghrib. nasib baik dayang ada, kalau tak malam-malam saya kebulurlah.

7. farhah
yang ni, lambat sket baik ngan dia. dah final year baru baik. lagipun makcik kepam ni tinggal kat blok depan. kitorang semua tinggal kat blok belakang.
masa dah final sem kat utm tu baru baik ngan dia sebab selalu lepak kat rumah sewa. kelakar lah minah ni. suka jonas brothers. patu tengok camp rock siap pause time ex boipren si demi lovato/taylor swift tu punya scene. patu siap tampal poster dalam bilik. eh ingat balik je dah tergeli. bila kita sama-sama LI, dia ni lah tempat saya meluahkan perasaan, yelah, kan boring hari-hari keje 8jam. asyik-asyik mesej je ngan dia, sampai ofismate ingat mesej pakwe. ha yelah, pakwe saya pompuan. haha.

8. ridhwan
ni..taktaulah nak start dari mana. tapi yang penting, ida gosipkan kitorang together. pastu ex boipren jeles kat dia. kesian. jadi mangsa. tapi ngan dialah jugak selalu cerita pasal ex tu. dia ni dah macam bapak orang je kalo nasehat-nasehat ni. kalau pegi umah dia, suka jumpa mak dia yang ramah tu. dahlah masak pon sedap. i like. eh teringat. bila last pegi umah kau yeh? raya tahun bila tah. lupa. dia ni tokey kantoikan dalam kelas. kalau-kalau ada yang dalam kelas tu duk berdua ke, japgi suh on bluetooth, ada gosip lah tu.

kesimpulan.
bila type ni. tiba-tiba rindu nak masuk kelas sama-sama, belajar sama-sama, wat gila sama-sama. anyway. terima kasih sebab jadi kawan terbaik. bukan setakat 8 orang yang saya sebut tadi, tapi rasanya, 3DDL '09 tu semua pon kawan baik.


p/s : sorilah kalau tiap-tiap gambar pon ada gamba saya. rindu okeh zaman umur belasan tahun. sebelum abes baca, meh tengok all time fevret picture :)

.
.
.
.
.
.
.


comelnye kita berdua. hahah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

adik-adik saya.



salam, hai~

hari ni saya nak cerita pasal adik-adik saya. saya ada tiga orang adik.

ni dia.orang.

Intro

adik yang first namanya matno. kekeke. tidaklah. nama dia nurul ain a.k.a kertas pasir. tau nak mekap tapi tak reti nak cuci bersih-bersih. kan muka tu dah huduh. akak-akak saya yang lain pon mekap gak, tapi takdelah rosak muka dorang cam dia ni. baru abes blaja sijil hotel and katering. skang duk umah memboncetkan perot. ha ha ha

yang second. nama dia siti hajar. pandai masak, pandai kemas, pandai wat kuih, pandai wat kek, blaja pon pandai. baru masuk UITM Kuala Pilah. paling sempoi. apa lagi tah? paling tak suka bazir duit (cam akak dia nih, ha ha ha). ape tah lagi. aku rasa dia banyak sikap positif dari negatif. tapi kekadang kelakar jugak.

yang last. nama dia farida kamilia. nama pompuan untuk farid kamil. hikhikhik. dia ni. taktaulah nak cite apa pasal dia. yang pastinya, dia ni berlagak macam orang dewasa. padahal baru form 2.


general info.

mereka semua lagi tinggi dari saya. yang bongsu tu, sikit lagi nak sama tinggi ngan saya. padahal masa umur saya 14 tahun, tinggi saya baru nak mencapai 150cm. tak aci. yang lagi dua orang tu dah nak 170cm. tak aci jugak. masa umur saya 18 tahun, tinggi saya 165 cm. masa umur saya 20 tahun tinggi saya 165cm jugak. see. masa umur saya 18 dah stop tinggi dah. diorang ni still growing. tiap-tiap kali keluar, saya paling rendah, DALAM FAMILY, pasal akak-akak, adik-adik semua tinggi-tinggi. akak-akak saya majoriti 170cm ke atas dan adik-adik nak mencecah 170cm. mekasihlah sebab membuatkan saya nampak comel. (dalam hati sedih jugak ㅠ.ㅠ)

hobi.

yang first tu dah terbukti suka berangan. lagi satu punca pasal apa muka dia cam kertas pasir padahal orang lain kulit licin je. kalau orang cakap lain dengar lain. pasal pe? pasal dia slalu berkhayal. mungkin bermimpi satu hari anak raja nak kawen ngan dia?

yang second tu, suka baca komik, suka tengok tv, suka main game.oh lupa. dia ni raja main game. terer gila woh. even game tu baru 1st time dia main, pon dah hebat. memang ditakdirkan untuk main game. suka dengar lagu indie. suka, er...suka, dia suka layan saya cakap pasal laki korea! hehe.

yang third tu. hobi dia sama je ngan saya. tapi paling tak bleh tahan, suka baca komik jiwang. kalau baca komik je, habislah. dunia ni terbalik ke, bergoncang ke tak sedar dah. kalau online pon macam tu. paling suka makan. kami panggil dia anak rimau. suka sangat makan daging. suka justin bieber (tipu je ni). suka boy band korea yang dah goyah, macam DBSK, SS501.

oklah. macam dah hilang ngantuk. saya nak sambung wat kerja. sekian mekasih.

p/s : incase korang (adik-adik saya) yang baca. padan muka korang. kehkeh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fuji Mini Instax 7s

salam~


i want to sell my instax camera. just bought it few months ago (July 2010). price about rm250 and still negotiable. film excluded.

Batteries:
Uses four(4) AA batteries

Film:
Instax mini film (credit card size)

Features:
- Instant camera = instant pictures (like polaroid)
- Credit card size pictures.
- Small, compact and easy to use.
- Has build in flash.


so if anyone interested, do email me at iazmint_azizan@yahoo.com.my
tq.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

dua kawan kecil.

salam~


pagi tadi. aku tengah tido. tiba-tiba dengar bunyi squeking kat dalam bilik. eh, mana datang tikus? bilik ni dah masuk tikus plak ke? alahai, jenuhlah nak tangkap. lama-lama baru aku ingat. semalam kawan aku suh jaga hamster dia. amboi, aku tido, korang bangun. aku dah bangun korang tido. aku gi klas korang bangun, aku masuk bilik je korang tido. sepuk kang. tapi tak jadilah. comel sangat. lol.


si coklat ngan si putih, bukan nama sebenar.

binatang dua ekor ni mungkin kecik. tapi leceh nak jaga. habuk kayu tu kena slalu tuka, kena mandikan, kena tukar air minum dia. yang dua ekor ni pulak, manja. air tu kalau nak suh minum, kena suapkan. tak mau dia minum sendiri. mengada. tengok macam pet aku, takde susah-susah nak bagi makan ngan minum. pandai je dia. berak pon tak merata. sayang aku kat korang.

HA HA HA

p/s : kesian, nak bela binatang mak tak bagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hai?


kengkawan.

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

aku dah revive semula blog aku nih haaaa. jadi hai lagi sekali. blog dulu dah delete. ni dah resurrect balik lalu hiduplah bagai seorang(?) zombie.

hai, nama saya shaun, saya nak gi bedil zombie. oh no. blog aku pon zombie. matilah.
(cr : google image)

p/s : nama movie tu shaun of the dead.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS